Welcome to My World..Have a Nice Trip!!

Relaks kan minda anda, mengikuti perjalanan hidup afijal, dan exercise kan jari jemari anda dengan komen2 yang sesuai..
Terima kasih..
Alhamdulilah....Ramadhan datang lagi..terharu rasanya masih dapat menyambut bulan yang mulia ni dengan fizikal dan akal yang sempurna..masih ramai lagi di  luar sana yang x bernasib baik..

Allah terlalu menyayangi hamba-hambanya. Setiap perkara yang difardhukan mempunyai fadhilat-fadhilatnya yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Merujuk kepada penulisan Ghafani Awang Teh (Utusan Malaysia), ibadah puasa adalah merupakan agen semulajadi cegah penyakit. 

Dalam rawatan penyakit kronik, pihak hospital dan pusat-pusat perubatan menghendaki pesakitnya berpuasa dalam tempoh tertentu sebelum melakukan rawatan penyakit.
 
Berdasarkan kebenaran al-Quran, hadis, penemuan kajian perubatan dan diakui oleh agama lain, maka nyata ibadah puasa menjadi alat semula jadi mencegah dan menyembuh penyakit.
 
Puasa Ramadan bertindak sebagai pembersih sistem usus dan sistem lain dalam tubuh manusia. Proses pembersihan yang memakan masa kira-kira 14 jam sehari itu, dianggap tepat untuk memberi peluang kepada seluruh sistem tubuh manusia kembali ke tahap sebenar melalui:
 
* Seluruh sistem badan, otot-otot, urat saraf, jantung, buah pinggang, hati dan sistem badan yang lain berehat untuk memulih dan mengembalikan kesegaran kepada tahap sebenar. Pada masa ini sistem badan menggunakan tenaga, lemak dan gula dalam simpanan.
 
* Kira-kira 70 peratus badan manusia dipenuhi air. Dalam tempoh berpuasa, air di badan kita automatik surut-kering dan memberi peluang kepada kita menggantikan semula dengan air yang kaya dengan mineral.
 
* Selaput najis, toksik dan kekotoran yang melekat dalam sistem usus dan sel-sel badan, akan menggelongsor runtuh.
 
* Asid yang wujud dalam tubuh dialkalikan (distabilkan).
 
* Peredaran darah berjalan lancar.
 
Berdasarkan kesan besar puasa kepada kesihatan manusia, maka nyatalah puasa merupakan agen semula jadi pencegah penyakit. Bagaimanapun bagi mereka yang sedang menghadapi penyakit kronik, mereka perlu mendapat nasihat pegawai perubatan sebelum memulakan ibadah puasa.
             Kelmarin,  join kursus pengurusan jenazah anjuran Pusat Islam USM..dan ustazah Rohayati (penceramah) tu share kan bnda best yg like3x sgt nk share kat sini..untuk kita jadikan pedoman dan mulakan perubahan di saat u all membacanya...

Kisah Penggali kubur..yg gheja nye curi kain kapan??hmm...x scary btoll pak cik ni.. :-

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah S.W.T. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat."

(1)


"Yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" tanya pemuda itu.


"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah S.W.T sewaktu hidupnya. Lantaran Allah S.W.T menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.


(2)
Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?"


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain."


(3)
Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu."


"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda." balas ahli ibadah itu lagi.


(4)
"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?"


Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah S.W.T sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya."


(5)
"Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya." sambung pemuda itu.


"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah S.A.W pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda." jelas ahli ibadah tersebut.


(6)
"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya."


"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya." jawab ahli ibadah tadi.


(7)
"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi.


Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah S.W.T baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya."

Hidup di dunia cuma sementara waktu. Tiada satupun yang ada pada kita adalah hak mutlak kita sendiri melainkan segalanya adalah pinjaman daripada Tuhan yang Satu, yang Menguasai alam, serta yang Menciptakan sekalian makhluk. Sampai pada masanya, segalanya akan dikembalikan padaNya, Allah yang Maha Agung.


Diciptakan manusia adalah sebagai hambaNya serta khalifah di muka bumi. Maka kita dipertanggungjawabkan atas setiap amalan kita di dunia. Wajib al-Qur'an dan as-Sunnah sebagai rujukan utama dalam setiap tingkah laku dan perbuatan kita sekiranya kita mendambakan jalan pulang yang baik. Lihatlah, daripada 7 bentuk mayat yang diceritakan, hanya satu golongan yang mendapat Husnul Khatimah. Mampukah kita tergolong dalam golongan ketujuh itu sekiranya kita selalu lalai dengan kenikmatan dunia? Muhasabah diri.


Setakat ni..

Tic Tac Toe Game

*Counting Day*

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.