Welcome to My World..Have a Nice Trip!!

Relaks kan minda anda, mengikuti perjalanan hidup afijal, dan exercise kan jari jemari anda dengan komen2 yang sesuai..
Terima kasih..
Alhamdulilah....Ramadhan datang lagi..terharu rasanya masih dapat menyambut bulan yang mulia ni dengan fizikal dan akal yang sempurna..masih ramai lagi di  luar sana yang x bernasib baik..

Allah terlalu menyayangi hamba-hambanya. Setiap perkara yang difardhukan mempunyai fadhilat-fadhilatnya yang terbaik untuk kita. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
Merujuk kepada penulisan Ghafani Awang Teh (Utusan Malaysia), ibadah puasa adalah merupakan agen semulajadi cegah penyakit. 

Dalam rawatan penyakit kronik, pihak hospital dan pusat-pusat perubatan menghendaki pesakitnya berpuasa dalam tempoh tertentu sebelum melakukan rawatan penyakit.
 
Berdasarkan kebenaran al-Quran, hadis, penemuan kajian perubatan dan diakui oleh agama lain, maka nyata ibadah puasa menjadi alat semula jadi mencegah dan menyembuh penyakit.
 
Puasa Ramadan bertindak sebagai pembersih sistem usus dan sistem lain dalam tubuh manusia. Proses pembersihan yang memakan masa kira-kira 14 jam sehari itu, dianggap tepat untuk memberi peluang kepada seluruh sistem tubuh manusia kembali ke tahap sebenar melalui:
 
* Seluruh sistem badan, otot-otot, urat saraf, jantung, buah pinggang, hati dan sistem badan yang lain berehat untuk memulih dan mengembalikan kesegaran kepada tahap sebenar. Pada masa ini sistem badan menggunakan tenaga, lemak dan gula dalam simpanan.
 
* Kira-kira 70 peratus badan manusia dipenuhi air. Dalam tempoh berpuasa, air di badan kita automatik surut-kering dan memberi peluang kepada kita menggantikan semula dengan air yang kaya dengan mineral.
 
* Selaput najis, toksik dan kekotoran yang melekat dalam sistem usus dan sel-sel badan, akan menggelongsor runtuh.
 
* Asid yang wujud dalam tubuh dialkalikan (distabilkan).
 
* Peredaran darah berjalan lancar.
 
Berdasarkan kesan besar puasa kepada kesihatan manusia, maka nyatalah puasa merupakan agen semula jadi pencegah penyakit. Bagaimanapun bagi mereka yang sedang menghadapi penyakit kronik, mereka perlu mendapat nasihat pegawai perubatan sebelum memulakan ibadah puasa.
0 Responses

Post a Comment

Setakat ni..

Tic Tac Toe Game

*Counting Day*

Daisypath Anniversary tickers
Powered by Blogger.